Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Belum tiba masanya kibar bendera putih


BEKAS penyerang kebangsaan yang turut mendapat jolokan Harimau Berantai, Safee Sali menyifatkan bukan masanya barisan pemain mengibarkan bendera putih kerana peluang masih ada.

Menerusi satu coretan pada akuan Facebook miliknya, Safee berkata kekalahan kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) awal pagi semalam sudah dijangka berdasarkan pengalamannya bermain dengan pasukan negara Timur Tengah.

“Memang bukan mudah untuk bermain dengan ‘Pak Arab’.. Sedikit kealpaan akan di hukum.. Main pula di tempat dan padang mereka.

“Boleh saya katakan, kita semua hanya terpedaya dengan skuad dan projek “naturalisasi” yang di buat, membuatkan kita semua percaya dan meletakkan harapan yang terlalu tinggi.

“Apa-apa pun masih ada dua lagi perlawanan yang sangat penting dan saya tetap yakin pemain tempatan kita jika di beri peluang dan kepercayaan, pasukan kita boleh menang dan bermain mati-matian untuk nama negara.

“Kalau ikutkan hati pemain, esok juga nak main demi membalas kepercayaan dan membuktikan kita bukanlah seperti apa yang peminat fikiran.

“Bukan masa untuk angkat bendera putih, masih ada peluang. Kita, Vietnam dan Thailand tidak jauh berbeza. Insyaallah kita boleh menang,” ujarnya.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: