Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Berita gembira buat Harimau Malaya

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Shin Tae Yong

 

KEKALAHAN 0-4 Harimau Malaya di tanga UAE malam tadi menggambarkan laluan sukar yang bakal dilalui skuad bimbingan Tan Cheng Hoe bagi melayakkan diri ke  pusingan seterusnya Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023.

Namun sedikit perkhabaran gembira apabila Indonesia bersedia membantu Malaysia dengan memberi jaminan tentangan sengit bakal diberikan pada aksi menentang Vienam 8 Jun nanti.

Keyakinan ini disuarakan pengendalinya, Shin Tae Yong selepas kejayaan pasukan mengikat Thailand 2-2   dalam aksi kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al Maktoum, Dubai.

Keputusan sudah tentu akan meningkatkan semangat pasukan itu yang terdiri daripada pemain muda untuk melakar satu lagi kejutan dalam perlawanan menentang Vietnam.

“Saya tahu Park Hang Seo (jurulatih Vietnam) telah menonton perlawanan itu. Ini memberi sedikit kelebihan kepada Vietnam kerana Park dah tahu bagaimana cara kami bermain.

“Namun, saya akan buat sedikit perubahan dan tekad kejutkan Vietnam,” ujar Tae Yong dipetik menerusi Bongdaplus.

Walaupun peluang Indonesia untuk mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022 sudah tertutup, namun mereka tetap tidak akan memberi laluan mudah kepada 2 lawan terakhir yang bakal dihadapi selepas ini.

Vietnam ketika ini mengungguli tangga teratas Kumpulan G selepas lima perlawanan mengumpul 11 mata hasil tiga kemenangan dan dua seri manakala Indonesia dikedudukan tercorot liga dengan hanya satu seri selepas enam perlawanan.

Seandainya Vietnam sekadar seri menentang Indonesia, Selasa ini pastinya memberi tekanan buat Vietnam yang akan menentang Malaysia pada 12 Jun nanti.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: