Bola Sepak Semasa Terkini

“Semua kecewa… tidak salahkan seorang pemain”

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Aksi pemain-pemain negara bertemu UAE awal pagi Jumaat. Foto: FAM

 

Oleh: SURYATI MOHD NOR

BARISAN kejurulatihan skuad Harimau Malaya mengakui kecewa dengan keputusan jaringan besar yang diraih Emiriah Arab Bersatu (UAE) awal pagi ini.

Ketua jurulatihnya, Tan Cheng Hoe tidak mendedahkan pemain-pemain tidak fokus dan tampil dengan kurang keyakinan diri menyebabkan bukan permainan sebenar skuad negara.

“Ia menyebabkan keadaan yang kelam kabut dan corak permainan jauh berbeza dengan aksi akhir pasukan negara (perlawanan latihan dan persahabatan) yang menunjukkan momentum baik dan bermain sebagai satu pasukan.

“Namun pujian harus diberikan kepada barisan pemain pertahanan yang bertungkus-lumus bertahan daripada serangan pasukan UAE,” kongsi Cheng Hoe.

Dalam pada itu, Cheng Hoe tidak mahu menyalahkan pemain secara individu memandangkan rata-rata pemain tidak berada dalam level yang terbaik.

“Kita tidak keluarkan De Paula kerana meletakkan kepercayaan kepada dia untuk menyumbangkan gol berdasarkan kelebihan fizikal dan mempunyai penyudah yang baik untuk dapatkan jaringan seri. Sebab itu dia dikekal.

“Barisan jurulatih sedang berbincang untuk mencari formula terbaik bagi dua perlawanan penting selepas ini.

“Pemain-pemain perlu bangkit dan tidak boleh terus kecewa kerana menentang Vietnam nanti bukan tugas mudah. Kita semua tahu mereka bermain lebih agresif,” tambahnya.

Malaysia bakal meneruskan aksi Kumpulan G Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu Vietnam (11 Jun) sebelum melengkapkan aksi akhir menentang Thailand pada 15 Jun ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: