Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Pemain naturalisasi hanya gah pada badan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Liridon gagal memberikan impak selaku pemain naturalisasi buat skuad kebangsaan.

Oleh : Subkhi Sudarji

“HANYA harapkan badan besar dan tinggi tapi tidak membantu pasukan,” itulah pandangan sinis dilontarkan jurulatih berpengalaman, Ismail Zakaria terhadap pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi serta Guilherme De Paula.

Mempamerkan aksi mengecewakan terutamanya status selaku pemain naturalisasi, Ismail juga menyifatkan kehadiran dua pemain ini gagal memberikan impak membantu pasukan pada aksi yang berkesudahan kekalahan 0-4 di tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) malam tadi.

“Mereka berdua tidak banyak membantu, tak nampak langsung terutamanya Liridon yang banyak bermain dibahagian bawah,” tegasnya.

Namun pada masa sama. Ismail juga percaya De Paula tidak boleh disalahkan sepenuhnya pada aksi malam tadi yang mungkin antara perancangan Tan Cheng Hoe.

“Mungkin dia (De Paula) diarahkan untuk membantu bahagian tengah, itu saya tak pasti, dia terpaksa turun bawah untuk mendapatkan bola.

“Pastinya aksi malam tadi akan dimanfaatkan Cheng Hoe untuk melihat aspek-aspek yang perlu dipertingkatkan pada baki dua perlawanan akan datang.

“Masih ada masa untuk Harimau Malaya bangkit,Insyallah,” ujarnya.

Bekas jurulatih Sime Darby, Kuala Lumpur ini juga pada masa sama menghampurkan pujian terhadap Dion Cools yang cepat menyesuaikan diri dengan corak permainan Harimau Malaya.

“Saya lihat dia betul-betul memberikan kesan pada pasukan khususnya di pertahanan, walaupun kali pertama beraksi, apa yang dipamerkan malam tadi sesuai dengan wataknya pemain naturalisasi,” katanya.

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: