Bola Sepak Semasa Terkini

Harapan Cheng Hoe demi penyokong Harimau Malaya

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Latihan akhir skuad Harimau Malaya menjelang aksi bertemu UAE awal pagi esok. Foto: FAM

 

Oleh: SURYATI MOHD NOR

PENGENDALI Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dapat menghadiahkan keputusan baik menjelang perlawanan bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) awal pagi Jumaat ini.

Cheng Hoe tidak menafikan harapan penyokong-penyokong Harimau Malaya untuk melihat pasukan menang dalam setiap perlawanan.

Malah penyokong-penyokong Harimau Malaya atau ‘ekor Harimau Malaya’ serta juga digelar juga ‘Pemain ke-12’ memainkan peranan penting dalam meniupkan semangat skuad negara.

“Harapan kita juga nak fokus satu-satu kejayaan atau keputusan yang baik.

“Saya rasa dengan keputusan positif nanti sedikit sebanyak dapat mengubati suasana Covid-19 di Malaysia yang semakin meningkat.

“Malah diharap dengan keputusan tersebut dapat dikongsi bersama-sama nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Cheng Hoe memberitahu, dia tidak mahu memikirkan perlawanan atau keputusan yang lalu dan hanya mahu fokus perlawanan akan datang ini.

“Kita kekal positif. Pemain-pemain juga bersedia dan fokus untuk perlawanan bertemu UAE ini.

“Tetapi sudah tentu kita semua sudah mempelajari apa yang berlaku dan cuba perbaiki sebaik mungkin dalam perlawanan-perlawanan akan datang ini,” ujarnya.

Perlawanan bertemu UAE ini merupakan aksi pertama skuad negara dalam Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bagi Kumpulan G.

Manakala dua lagi perlawanan menetang Vietnam pada 11 Jun dan Thailand 15 Jun ini sekaligus bakal menyaksikan pasukan Malaysia melangkah kaki ke pusingan ketiga sekiranya keputusan menang semua perlawanan memihak kepada mereka.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: