Antarabangsa Bola Sepak Terkini

Malaysia dan Indonesia kini berbeza


Nguyen Van Toan

 

MALAYSIA dan Indonesia kini dilihat menjadi pasukan kuat menjelang baki saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Penyerang skuad kebangsaan Vietnam, Nguyen Van Toan berkata, dua lawan serantau, Malaysia dan Indonesia kini berbeza selepas melihat Indonesia melakukan rombakan besar-besaran pemain manakala Malaysia pula mendapat tenaga tambahan dengan kehadiran pemain naturalisasi Guilherme De Paula dan Liridon Krasniqi.

“Pada saya, Indonesia sentiasa menjadi lawan yang sukar buat kami, sementara itu, Malaysia kelihatan semakin kuat.

“Walaupun pada perlawanan pertama kami berjaya mencatatkan kemenangan 3-1 bertemu Indonesia, mereka telah menukar hampir keseluruhan pasukan  dan kami tidak mempunyai banyak informasi tentang Indonesia.

“Bagi Malaysia pula, saya merasakan mereka telah meningkat dengan tambahan ramai pemain naturalisasi. Tetapi, Vietnam masih yakin berhadapan dengan lawan ini,” ujarnya dipetik menerusi Vietnam News.

Vietnam kini berada ditangga teratas kumpulan G hasil tiga kemenangan dan dua keputusan seri bagi mengumpul 11 mata dimana mereka akan berhadapan dengan Indonesia pada 7 Jun, Malaysia menanti berselang empat hari kemudian dan pertemuan terakhir menentang tuan rumah pada 15 Jun.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: