Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

“Kita mampu tandingi UAE” – Brendan Gan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Brendan (kiri) percaya UAE juga kini berada dalam tekanan meraih tiga mata.

Oleh : Subkhi Sudarji

SKUAD Harimau Malaya mampu memberikan saingan dan meraih kejayaan seandainya mampu mengulangi prestasi ketika tewas tipis 1-2 berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi pertama 10 September 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Keyakinan itu disuarakan pemain berdarah kacukan, Brendan Gan yang percaya lawan yang bakal ditentang pada 4 Jun nanti pasti terbayang dengan persembahan luar biasa diperagakan pemain negara pada aksi pertama di Kuala Lumpur.

“Pada aksi terakhir, kami mendominasi dan kami agresif mengasak mereka. Tetapi saya fikir kami tiada tekanan dan UAE yang merasai lebih tekanan di mana sebelum ini, mereka memecat beberapa jurulatih dan memanggil kembali jurulatih selain menggunakan pemain naturalisasi.

“Mereka yang panik ketika ini kerana melihat kualiti kita. Saya percaya pada kemampuan pasukan ini dan kalau kita sentiasa bersatu dan fokus untuk lakukan apa yang sepatutnya kita lakukan, kita boleh tewaskan mana-mana pasukan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, pemain Selangor FC itu yang tidak dapat beraksi ketika menentang UAE kerana digantung tetap mahu memainkan peranan di luar padang.

“Saya kecewa kerana tidak dapat bermain tetapi kita ada pemain yang hebat. Walaupun tanpa saya, kualiti pasukan tidak akan jatuh. Jadi, saya akan memberi sokongan kepada pemain dari segi komunikasi dan kepemimpinan yang saya ada dalam skuad.

“Saya akan membantu sedaya upaya ketika sesi latihan dan memberikan sokongan yang diperlukan oleh pemain. Selepas aksi UAE, kita akan teruskan persiapan bagi dua lagi aksi dan ketika itu, saya akan memberikan 100 peratus untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama,” katanya.

Harimau Malaya bakal berdepan (UAE) pada aksi pembukaan Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, awal pagi Jumaat ini diikuti aksi berdepan Vietnam (11 Jun) sebelum menamatkan kempen kelayakan menentang Thailand pada 15 Jun.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: