
Oleh : Subkhi Sudarji
PENYERANG muda sensasi negara yang menyertai skuad Harimau Malaya ke UAE, Luqman Hakim Shamsudin terus menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan apabila gambar aksi latihannya yang dipaparkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sering mendapat ‘like’ dari peminat.
Hanya diturunkan sebagai pemain gantian, rata-rata peminat tempatan mahu Luqman terus diberikan lebih masa beraksi dan peluang untuk membuktikan pengalaman yang diraih ketika bersama kelab KV Kortrijk, Belgium.
Lebih mencuit hati adalah, reaksi spontan dari pelayar FB FAM yang akan menekan butang auto like seandainya terdapat wajah mahupun aksi dimuat naik dalam FB berkenaan.
Begitu juga auranya jelas dirasainya apabila video latihan hari pertamanya bersama Harimau Malaya di Dubai yang disiarkan melalui YouTube CAKAPSUKAN turut menarik 118,559 tontonan dan hampir 1,800 tanda like dari peminat bola sepak tempatan.
Salah seorang pelayar Bangsa Final berkata, bukan setakat di page Kv di page malaysia pun gambar luqman paling banyak like.
Bagi Aiman Qusyairie , dia memaklumkan butang Like hanya untuk Luqman.
Pada aksi menentang Bahrain, Jumaat lalu, Luqman diturunkan sebagai pemain gantian dipenghujung perlawanan yang memperlihatkan corak permainan lebih agresif dipamerkan berbanding aksi sebelum itu.
Adakah Luqman akan terus mendapat pengiktirafan hanya di media sosial atau pun aksi sebenarnya di atas padang, semua itu terletak ditangan pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.





Add Comment