
Oleh : Subkhi Sudarji
PERLAWANAN persahabatan Harimau Malaya menentang Bahrain nampaknya membuka lembaran baharu kerjasama buat Malaysia apabila menerima tawaran kemudahan untuk pasukan wanita dan futsal kebangsaan mengadakan kem latihan di Bahrain.
Berita gembira ini dikongsikan FAM selepas pertemuan diantara Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dengan Presiden Persatuan Bolasepak Bahrain (BFA), Sheikh Ali Khalifa Bin Ahmed Al Khalifa untuk satu perjumpaan di pejabatnya di Riffa, Bahrain.
Hamidin yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) telah menerima jemputan daripada Sheikh Ali Khalifa yang turut disertai Naib Presiden BFA, Ali Ahmed Al Buainain dan Setiausaha Agung BFA, Ebrahim Saad Al Buainain serta Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi.
Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai isu semasa bola sepak dalam keadaan pandemik COVID-19, kerjasama di antara kedua-dua persatuan dari aspek pembangunan dan pentadbiran, selain BFA turut berbesar hati menawarkan kemudahan untuk pasukan wanita dan futsal kebangsaan mengadakan kem latihan luar negara di Bahrain.





Add Comment