Antarabangsa Bola Sepak Terkini

Skuad Harimau Malaya gagal ‘tunjuk belang’ bertemu Bahrain


Safawi dihalang dua pemain Bahrain pada aksi perlawanan persahabatan antarabangsa awal pagi Sabtu. Foto: FAM

 

PASUKAN Bahrain menewaskan Malaysia 2-0 pada aksi perlawanan persahabatan antarabangsa yang berlangsung di Stadium Nasional Bahrain, Riffa awal pagi Sabtu.

Pasukan tuan rumah mendahului skuad Harimau Malaya menerusi sepakan penalti oleh Mahdi Abduljabbar pada minit ke-41 selepas Irfan Zakaria melakukan kesalahan memeluk pemain lawan di kawasan kotak penalti.

Bersambung ke babak kedua dilihat kedua-dua pasukan lebih agresif, namun kesilapan penjaga gol negara, Farizal Marlias menyebabkan Bahrain berjaya menambah gol pada minit ke-61 menerusi Jassim Marhoon.

Selepas gol kedua dilepaskan, kelihatan rentak pemain-pemain negara agak perlahan berbanding dengan separuh masa pertama yang lebih banyak cuba mencipta peluang gol.

Sehingga wisel akhir, skuad Harimau Malaya gagal mencari sebarang jaringan.

Perlawanan persahabatan ini merupakan persediaan terakhir pasukan negara menjelang Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bermula Jun ini.

Pasukan Malaysia bakal bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 4 Jun, diikuti Vietnam (11 Jun ) dan Thailand (15 Jun).


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading