Bola Sepak Semasa Terkini

Selepas Gary, MUFC bakal bawa masuk lagi pemain

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Datuk Seri Justin Lim

Oleh : Subkhi Sudarji

PEMAIN tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) Gary Steven Robbat sah menyarung jersi Melaka United FC bagi memperkuatkan pasukan mengharungi baki saingan Liga Malaysia yang kembali bersambung Julai nanti.

Bekas pemain tengah skuad Harimau Muda ini menyertai MUFC secara pinjaman pada jendela perpindahan kedua Liga M 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC), Datuk Seri Justin Lim berkata kepada CAKAPSUKAN, perjanjian bersama diantara pemain dan kedua-dua pasukan telah dimeterai.

“Gary kini sah menyarung jersi MUFC dan hanya menunggu masa untuk turun menjalani latihan bersama rakan sepasukan yang lain.

“Pastinya kami mengharapkan pemain tengah berusia 28 tahun itu akan memperkuatkan pasukan bagi memastikan terus kekal dalam saingan Liga Super 2022,” jelasnya.

Gary sah menyertai MUFC bagi jendela perpindahan kedua musim ini.

Dalam perkembangan sama, Justin Lim memberi bayangan bakal membawa masuk seorang lagi pemain sebagai tonik tambahan dan senjata serta aura baharu dalam pasukan.

“Kita telah mengenalpasti pemain berkenaan dan perbincangan telah diadakan, apabila semuanya selesai kami akan maklumkan berita baik ini,” jelasnya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: