
KEJAYAAN memenangi dua pingat emas buat Malaysia di Kejuaraan YONEX Slovenia International mendapat penghargaan daripada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Pemain muda badminton negara, Choong Hon Jian dan Toh Ee Wei serta Low Yee Yuan dan Valeree Siow mempamerkan aksi memberangsangkan di Dras Centre, Maribor, semalam.
“Tahniah kepada Choong Hon Jian dan Toh Ee Wei serta Low Yee Yuan dan Valeree Siow yang telah menjuarai kategori masing-masing awal pagi tadi.
“Ini merupakan satu pencapaian besar buat mereka berempat yang baru sahaja memulakan karier senior mereka pada tahun ini.
“Syabas dan tahniah sekali lagi saya ucapkan. Teruskan usaha dan prestasi cemerlang ini. Malaysia is proud of you! ,” katanya menerusi Facebook.





Add Comment