
PENINGKATAN jumlah kes harian Covid-19 di negara memang membimbangkan yang kini mencecah lebih enam ribu kes sehari.
Dengan jumlah 505,115 kes keseluruhan setakat hari ini, ia menjadikan tugas-tugas barisan hadapan terutamanya di hospital semakin sibuk dan tertekan dengan angka pesakit Covid-19 yang perlu diberi perhatian.
Situasi ini turut mendapat perhatian jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang menyeru semua orang boleh membantu mengurangkan beban ‘fronliners’ ini dengan duduk di rumah bagi memutuskan rantaian pandemik ini.

“Saya harap kawan-kawan semua boleh membantu kurangkan beban mereka, stay home!
“Asalkan semua duduk rumah, virus tidak dapat cari mangsa, virus akan mati!.
“Menanglah kita! Marilah kita bersama-sama komen dan bagi kata-kata sokongan kepada frontliners kita,” tulis Chong Wei di laman Twitter.
Chong Wei turut berkongsi beberapa keping gambar fronliners yang kelihatan ‘sengsara’ dengan situasi sekarang.
Namun mereka tetap menjalankan tanggungjawab dengan penuh sabar tanpa mengira waktu.





Add Comment