Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Elak mental ‘down’, Azam dedah pesanan penting jurulatih Harimau Malaya

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Cheng Hoe memberi pesanan kepada pemain-pemain sebelum memulakan sesi latihan.

 

Oleh: SURYATI MOHD NOR

PEMAIN tengah Harimau Malaya, Muhammad Nor Azam Abdul Azih dedah pesanan penting  yang diberikan oleh ketua jurulatih Harimau Malaya setiap hari.

Menurut pemain Sri Pahang FC ini, jurulatih Tan Cheng Hoe mengingatkan pemain-pemain supaya kurangkan masa di media sosial.

“Setiap hari coach selalu pesan jangan banyak main media sosial untuk jaga mental dan fizikal.

“Jangan layan komen-komen negatif yang ditulis di laman media sosial,” ujarnya ketika sidang media harian Harimau Malaya secara atas talian pada Ahad.

Sebagai jurulatih, tindakan Cheng Hoe itu sesuatu yang perlu bagi memastikan mental pemain-pemain tidak  down dengan pelbagai komen negatif daripada segelintir netizen menjelang aksi penting Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang bermula 3 Jun ini.

Sebelum itu, skuad negara bakal memulakan aksi pemanas badan dengan bertemu Kuwait malam ini dan Bahrain 28 Mei ini.

“Bagi saya perlawanan persahabatan dengan Kuwait dan Bahrain nanti amat bagus kerana ia dapat membantu pemain-pemain perbaiki kesilapan yang ada sebelum aksi sebenar.

“Bagi saya sendiri, sudah pasti akan melakukan yang terbaik bersama dengan rakan-rakan yang lain,” tambah pemain berusia 26 tahun ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: