PEMAIN skuasy negara, S. Sivasangari mengejutkan banyak pihak apabila mengalahkan pemain nombor 10 dunia, Tesni Evans dari Wales 3-2 pada pusingan kedua Terbuka Skuasy Antarabangsa El Gouna di Mesir.
Berkedudukan ke-36 dunia, Sivasangari mencatat kemenangan 11-4, 5-11, 4-11, 11-5, 11-6 untuk mara ke pusingan ketiga pertandingan, menurut laman web Persatuan Squash Profesional.
Pemain berusia 22 tahun yang kini berpusat di Amerika Syarikat, akan menghadapi cabaran yang lebih sengit kerana dia dijadualkan bertemu pemain nombor 2 dunia, Nouran Gohar dari Mesir esok.
Add Comment