Badminton Semasa Terkini

Hon Jian-Ee Wei tamatkan kemarau lapan tahun

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Hon Jian-Ee Wei merangkul gelaran kedua mereka apabila muncul juara di Kejohanan Antarabangsa Slovenia, sebentar tadi.

BEREGU campuran negara, Choong Hon Jian-Toh Ee Wei merangkul gelaran kedua mereka apabila muncul juara di Kejohanan Antarabangsa Slovenia, malam ini.

Hon Jian-Ee Wei, kedua-duanya berusia 20 tahun, hanya memerlukan 32 minit untuk mengetepikan pasangan Indonesia, Muh Putra Erwiansyah-Sofy Al Mushira Asharunnisa 21-18, 21-18 di final.

Pasangan yang baru digandingkan Februari lalu, sebelum ini menjuarai Terbuka Poland Mac lalu, dalam penampilan pertama mereka di pentas antarabangsa.

Sebagai rekod, satu-satunya gelaran yang pernah dimenangi oleh pemain negara di Slovenia yang berusia 58 tahun ini adalah menerusi Misbun Ramdan dalam perseorangan lelaki edisi 2013.

Biarpun bermain dengan jari yang cedera akibat hirisan pisau yang agak dalam, Ee Wei tetap memberikan aksi terbaiknya menyedari Muh Putra agak keletihan kerana hanya sempat berehat kira-kira 90 minit.

Ini kerana pemain Indonesia itu turut beraksi di separuh beregu lelaki berganding dengan Patra Harapan Rindorindo untuk menewaskan pasangan negara, Beh Chun Meng-Goh Boon Zhe 21-9, 21-18.

”Kami memang yakin boleh menang perlawanan ini dan mujur kesakitan jari kelingking kiri ini tidak mengganggu sepanjang perlawanan.

”Namun, saya akui agak penat daripada segi mental. Kini saya mahu berehat,” katanya kepada CAKAPSUKAN.

Menurut Ee Wei, dia dan Hon Jian turut mengalami kekejangan berikutan gelanggang di dewan perlawanan yang agak licin.

Sementara itu, beregu wanita negara, Low Yeen Yuan-Valeree Siow menempah tempat mereka di final selepas bangkit menewaskan pasangan Ukraine, Maria Stoliarenko-Yelyzaveta Zharka 13-21, 21-13, 21-12.

Di final, mereka akan berdepan pilihan ketiga, Isabella Nielsen-Marie Louise Steffensen dari Denmark.

Terdahulu, Isabella-Marie Louise menyingkirkan pasangan kembar negara, Cheng Su Hui-Cheng Su Yin di separuh akhir dengan keputusan 15-21, 21-17, 21-19 dalam masa 78 minit.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: