
FRANCO Morbidelli mengakui diminati banyak pasukan lain. Bagaimanapun, penunggang Itali itu tetap ingin meneruskan kariernya di Petronas Yamaha SRT namun sedang menunggu pengesahan.
Kontrak Morbidelli dengan Petronas SRT akan berakhir pada akhir musim 2022. Dia tampil sensasi di MotoGP 2020 selepas mengakhiri perlumbaan sebagai naib juara meskipun hanya menggunakan motor Yamaha M1 dengan spesifikasi A.
“Saya mahu Yamaha dan ingin terus berhubung dengan mereka. Kalau saya disokong dengan mesin yang lebih baru, rasa sayang ini pada Yamaha akan semakin besar.
“Saya belum bercakap dengan mana-mana pihak lain yang bukan pasukan Yamaha. Tapi saya sedar ada pasukan lain yang berminat. Saya tahu mengenainya,” ujarnya lagi.











Add Comment