Badminton Terkini

Kejohanan Antarabangsa Slovenia: Wan Arif-Haikal terajui empat beregu negara ke suku akhir

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Wan Arif  (kanan) dan Haikal Nazri mara ke suku akhir.

JUARA Kejohanan Remaja Jerman tahun lalu, Wan Arif Junaidi-Haikal Nazri menerajui kemaraan dua gandingan beregu lelaki dan dua beregu wanita ke suku akhir kejohanan Antarabangsa Slovenia.

Wan Arif-Haikal yang baru dinaikkan ke skuad senior tahun ini jelas bukan tandingan buat Luka Ban-Filip Spoljarec dari Croatia apabila menang mudah 21-10, 21-16.

Kejayaan itu membolehkan mereka berdepan pasangan Denmark, Willaim Kryger Boe-Christian Faust Kjaer untuk merebut tiket ke separuh akhir.

Terdahulu, pasangan Beh Chun Meng-Goh Boon Zhe dan beregu wanita, Cheng Su Hui-Cheng Su Yin serta Low Yee Yuan, Valeree Sioe turut menempatkan diri ke suku akhir selepas mengatasi lawan masing-masing.

Chun Meng-Boon Zhe mara selepas menundukkan gandingan pilihan keempat dari Republik Czech, Matej Hubacek-Vit Kulisek 21-12, 21-15.

Satu lagi gandingan Republik Czech, Ondrej Kral-Adam Mendrek akan menjadi halangan seterusnya bagi mereka untuk mencari tiket ke separuh nanti.

Kral-Mendrek mara ke suku akhir selepas menang ke atas pasangan tuan rumah, Miha Ivancic-Natan Maksimovic 21-14, 21-18.

Pasangan kembar seiras, Su Hui-Cheng Yin pula memastikan tempat mereka di suku akhir selepas menundukkan Mutiara Ayu Puspitasari-Ruzana dari Indonesia 21-9-21-7.

Di suku akhir, awal pagi esok waktu Malaysia, mereka akan berdepan Polina Buhrova-Yana Sobko dari Ukraine yang mengejutkan pilihan utama, Serena Au Yeong-Katharina Hochmeir dari Austria dengan kemenangan 23-21, 21-17.

Yee Yuan-Valeree memastikan tiket mereka dengan kemenangan 21-16, 21-13 ke atas Kirsten De Wit-Kelly Van Burten dari Belanda. Mereka akan berdepan pilihan kedua, Alzbeta Basova-Michaela Fuchsova dari Republik Czech.

Namun, gandingan Khor Jing Wen-Siti Nurshuhaini Azman gagal meneruskan kemaraan selepas laluan mereka disekat Mariia Stoliarenko-Yelyzaveta Zharka dari Ukraine apabila tewas 16-21, 17-21.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: