Badminton Terkini

Masters Sepanyol: Tze Yong, June Wei kekal momentum ke pusingan kedua


Ng Tze Yong mara ke pusingan kedua.

PEMAIN muda negara, Ng Tze Yong bermula dengan langkah kanan apabila menempah tiket ke pusingan kedua perseorangan lelaki kejohanan badminton Masters Sepanyol pada Rabu.

Meneruskan aksi cemerlangnya selepas menjuarai Cabaran Antarabangsa Terbuka Poland, Mac lepas, Tze Yong tidak mempersia-siakan peluangnya beraksi di kejohanan berstatus Super 300 ini.

Pemain berusia 21 tahun dari Johor ini memastikan tempatnya di pusingan kedua selepas menundukkan pemain Estonia, Raul Must 21-14, 21-12.

Namun, tugas berat menantinya apabila harus berdepan pilihan kedua, Toma Junior Popov dari Perancis yang mara selepas menundukkan wakil Sepanyol, Luis Enrique Penalver 18-21, 21-15, 21-11.

Terdahulu, seorang lagi pemain negara, Cheam June Wei turut melangkah ke pusingan kedua.

June Wei turut mara ke pusingan kedua.

Juara Cabaran Antarabangsa Malaysia 2019 itu memastikan tempatnya selepas menundukkan wakil Denmark, Jeppe Bruun 21-9, 21-11.

Pemain kelahiran Pulau Pinang ini bakal berdepan wakil Sweden yang juga pilihan kelapan, Felix Burestedt di pusingan kedua nanti.

Sementar itu,  nasib berbeza dialami Leong Jun Hao yang gagal mengambil peluang daripada kemenangan set pertamanya 21-16 apabila tunduk dua set berikutnya 16-21, 21-23 kepada Max Weirsskirchen dari Jerman.

Pengalaman jelas menjadi pemisah buat Jun Hao, 21, yang menduduki ranking ke-135 dunia berbanding lawannya yang berada di kedudukan ke-59.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: