JUVENTUS muncul juara Coppa Italia 2020/21 dengan mengalahkan Atalanta 2-1 pada aksi final di Stadium Mapei, awal pagi tadi.
Dejan Kulusevski meletakkan Bianconeri di depan minit ke-31, namun Ruslan Malinovsky menyamakan kedudukan 10 minit berselang.
Pada babak kedua, Federico Chiesa keluar sebagai wira menerusi golnya di minit ke-73 dan kedudukan itu kekal hingga tiupan wisel panjang.
Kemenangan ini menjadi gelaran Coppa Italia ke-14 bagi Juventus, terbanyak sepanjang sejarah.
Manakala bagi Atalanta, mereka terpaksa berpuas hati menjadi runner-up buat kali kedua kalinya dalam tiga tahun.
Add Comment