
ATLETICO Madrid dan Real Madrid akan saling berebut kejuaraan pada aksi terakhir La Liga hujung minggu ini. Sementara itu, hasrat menggunung Barcelona musnah apabila tewas mengejut kepada Celta Vigo.
Atletico kini berada di posisi teratas dengan 83 mata, unggul dua mata mengatasi dari Madrid di tangga kedua.
Barcelona dan Lionel Messi pula hanya mengutip 76 mata dan kekal di kedudukan ketiga liga dan posisi mereka kemungkinan boleh dipintas Sevilla kerana berbeza dua mata.
Ketika Barcelona gigit jari, Atletico dan Madrid akan bersaing sengit di minggu ke-38 pada 23 Mei ini. Atletico Madrid mendapat lawan sukar, iaitu Real Valladolid yang masih berjuang melepasi dari tersingkir ke divisyen kedua.

Sementara itu, Real Madrid akan menanti kunjungan Villarreal yang masih berpeluang menamatkan lima teratas. Atletico cuma perlukan kemenangan untuk mengunci gelaran juara.
Manakala, Madrid harus berharap pencabar sekotanya kalah, dengan syarat mereka juga dapat menundukkan Villarreal.
Persoalannya, siapa bakal menjadi juara Liga Sepanyol musim 2020/21 ?





Add Comment