Bola Sepak Semasa

Skuad Harimau Malaya terima hadiah istimewa sebelum ke Dubai

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Salah seorang pemain negara, Safawi Rasid menerima hadiah jam tangan G-Shock yang disampaikan oleh presiden FAM.

‘TONIK’ tambahan buat pemain-pemain Hariamu Malaya selepas menerima hadiah istimewa edisi terhad jam tangan pada sesi latihan mereka di Stadium Bukit Jalil.

Kesemua pemain menerima jam tangan G-Shock tajaan Casio untuk dipakai mereka sepanjang kem latihan pusat menjelang baki tiga aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, UAE, Jun ini.

Majlis penyerahan ringkas jam tangan tersebut disempurnakan sendiri oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk  Hamidin Mohd Amin ketika sesi latihan hari kedua kem skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu.

Skuad negara menjalani latihan selama empat hari sebelum terbang ke Dubai Khamis ini.

Mereka bakal memulakan aksi pemanas badan dengan dua perlawanan persahabatan bertemu Kuwait (23 Mei) dan Bahrain pada 28 Mei ini.

Selepas itu mereka bakal berdepan dengan aksi sebenar bertemu UAE pada 3 Jun, diikuti aksi menentang Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun).


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: