Antarabangsa Permotoran

Repsol Honda hargai perjuangan MM93

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Marc Marquez usai menuntaskan MotoGP Portugal, comeback-nya usai nyaris setahun absen karena cedera

SEMANGAT juang Marc Marquez dalam perlumbaan MotoGP Perancis 2021 membanggakan pasukan Repsol Honda. Pengeluar asal Jepun tetap setia menunggu kemenangan The Baby Alien.

Marquez memulakan saingan di Litar Le Mans dari posisi keenam dan pada satu ketika mampu merebut kelompok hadapan ketika pelumba lain mengganti motor akibat hujan turun di pusingan kelima.

Juara dunia lapan kali itu terus berada di posisi pertama selama empat pusingan berikutnya.  Namun begitu, Marquez terjatuh di pusingan kesembilan dan tercicir pada kedudukan ke-18.

Pengurus pasukan Repsol, Alberto Puig, menghargai penampilan Marquez di Le Mans. MM93 dinilai menunjukkan perjuangan luar biasa, meskipun dengan kondisi tubuh yang baru pulih dari kecederaan.

“Dia memimpin perlumbaan, jatuh, dan kemudian bangkit dan sekali lagi menjadi penunggang terpantas di trek. Sayang dia jatuh lagi, tetapi semangat dan kemahuan di dalam dirinya luar biasa,” kata Puig, dipetik dari Crash.

Beliau mengakui tidak gembira kepada keputusan akhir tetapi puas melihat Marc menunjukkan jati dirinya kepada pasukan.

“Dia ingin menang, dan soal cepat atau lambat itu akan berlaku. Ketika ini dia belum sedia secara fizikal, tapi Honda HRC tahu mengenainya dan tetap menunggu sehingga dia cergas.

“Mungkin Marc perlukan lebih banyak masa dan kami di sini menunggu,” ujarnya lagi.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: