Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

TMJ dan Top punyai hubungan rapat

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

KELAB Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengucapkan tahniah kepada Leicester City FC dan juga pemilik kelab, Aiyawatt ‘Top’ Srivaddhanaprabha atas kejayaan kelab menjuarai Piala FA Inggeris 2021.

Pemilik JDT, Tunku Ismail  Sultan Ibrahim, mempunyai hubungan yang rapat dengan Top dan sering bermain polo bersama.

“Tunku Ismail dan pemilik Leicester City adalah sahabat baik yang sering bermain Polo bersama-sama dan sebagai tanda persahabatan, Leicester City pernah mengucapkan tahniah kepada JDT atas kejuaraan liga tiga tahun di papan LED Stadium King Power,” ujar kenyataan rasmi yang dimuat naik Johor Southern Tigers, hari ini.

Jumaat lalu, Leicester City merangkul gelaran kejuaraan Piala FA buat pertama kali sepanjang 137 tahun kelab berkenaan selepas menewaskan Chelsea 1-0.

Lima tahun sebelum ini, Foxes mengejutkan gergasi Liga Perdana untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris selain berjaya menempatkan diri diperingkat final sebanyak empat kali.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: