Antarabangsa Bola Sepak

EURO 2020 : Itali panggil 33 pemain

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

FLORENCE, ITALY - NOVEMBER 11: Vincenzo Grifo celebrates after scoring his teams first goal during the international friendly match between Italy and Estonia at Stadio Artemio Franchi on November 11, 2020 in Florence, Italy. (Photo by Claudio Villa/Getty Images)

ROBERTO Mancini memanggil 33 pemain untuk membentuk skuad mantap Itali menjelang EURO 2020.

Kejohanan Eropah itu ditangguhkan setahun akibat pandemi COVID-19 dan akan diadakan bermula 11 Jun depan.

Daripada senarai tersebut, nama Jorginho dan Emerson Palmieri belum dipanggil kerana terlibat aksi bersama Chelsea di Liga Juara-Juara hujung bulan ini.

Itali akan memulakan latihan pusat di Coverciano pada 24 Mei dan empat hari kemudian mereka akan bermain dalam perlawanan ujian bertemu San Marino di Sardegna Arena.

Bilangan pemain selepas itu akan dikecilkan menjadi 26 orang untuk didaftarkan sebelum 1 Jun.

Kempen EURO 2020 menyaksikan Itali berada dalam Kumpulan A bersama Turki, Wales, dan Switzerland. Kali terakhir mereka memenangi gelaran adalah pada 1968.

SENARAI PEMAIN:

Penjaga Gawang: Alessio Cragno (Cagliari), Gianluigi Donnarumma (Milan), Alex Meret (Napoli), Salvatore Sirigu (Torino);

Pertahanan: Francesco Acerbi (Lazio), Alessandro Bastoni (Inter), Cristiano Biraghi (Fiorentina), Leonardo Bonucci (Juventus), Giorgio Chiellini (Juventus), Giovanni Di Lorenzo (Napoli), Alessandro Florenzi (Paris Saint Germain), Manuel Lazzari (Lazio), Gianluca Mancini (Roma), Leonardo Spinazzola (Roma), Rafael Toloi (Atalanta);

Tengah: Nicolò Barella (Inter), Gaetano Castrovilli (Fiorentina), Bryan Cristante (Roma), Manuel Locatelli (Sassuolo), Lorenzo Pellegrini (Roma), Matteo Pessina (Atalanta), Stefano Sensi (Inter), Marco Verratti (Paris Saint Germain);

Penyerang: Andrea Belotti (Torino), Domenico Berardi (Sassuolo), Federico Bernardeschi (Juventus), Federico Chiesa (Juventus), Vincenzo Grifo (Freiburg), Ciro Immobile (Lazio), Lorenzo Insigne (Napoli), Moise Kean (Paris Saint Germain), Matteo Politano (Napoli), Giacomo Raspadori (Sassuolo).


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: