
PELUMBA basikal trek negara Muhammad Fadhil Mohd Zonis terus melakar kejayaan pada kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Velodrom Hong Kong dengan merangkul pingat emas dalam acara keirin lelaki pada Sabtu.
Pelumba Yayasan Sime Darby berusia 24 tahun itu mencatat masa 10.298 saat untuk muncul juara, mengetepikan dua pelumba hebat dari Jepun.
Sementara itu, pemegang pingat perak Kejohanan Dunia 2020 dan juara Asia empat kali Yuta Wakimoto serta pemegang pingat perak Kejohanan Dunia 2019, Yudai Nitta masing-masing meraih pingat perak dan gangsa.
Fadhil yang merupakan pemegang rekod kebangsaan dan Asia Ujian Masa 1KM turut meraih pingat perak dalam acara tersebut pada Jumaat.
Dia bakal meneruskan aksi dalam acara pecut hari ini (Ahad).

Selain itu, pelumba wanita negara Anis Amira Rosidi merangkul pingat gangsa dalam acara Ujian Masa 500 meter dengan catatan 35.49s. -Bernama





Add Comment