Semasa Sepak Takraw Terkini

Hilang kepercayaan antara sebab PSS tarik diri dari PSM

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Presiden PSM digantung 15 tahun daripada terlibat sebarang aktiviti sepak takraw tempatan dan antarabangsa.

PERSATUAN Sepak Takraw Selangor (PSS) menjadi ahli gabungan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) ketiga menarik diri daripada badan induk itu.

Sebelum ini Gabungan Sepak Takraw Kelantan (Gastak), diikuti Persatuan Sepak Takraw Johor (PSJ) menjadi yang terawal membuat keputusan menarik diri.

Presiden PSS Datuk Markiman Kobiran berkata, mesyuarat khas PSS bersetuju bahawa persatuan itu telah hilang kepercayaan terhadap Presiden Datuk Seri Ahmad Ismail susulan kemelut antara Ahmad, PSM dan Persatuan Sepak Takraw Asia (Astaf).

“Oleh itu, mesyuarat setuju dan memberi mandat penuh untuk PSS menarik diri keluar daripada PSM berkuar serta-merta, serta mandat untuk terlibat menubuhkan dan menjadi ahli gabungan induk baharu sepak takraw yang akan menggantikan PSM,” jelasnya pada sidang media hari ini.

Kemelut yang dihadapi Ahmad dan PSM bersama Astaf menyebabkan beliau digantung selama 15 tahun daripada terlibat sebarang aktiviti sepak takraw tempatan dan antarabangsa.

Malah Ahmad turut diarah membayar semula kepada Astaf sebanyak US$25,000 (RM102,900) bagi menampung pendengaran jawatankuasa tetatertib.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: