Bola Sepak

Skrip sama daripada Zainal Abidin ‘kecewa, penyudah tumpul’


Aksi pemain MUFC dan PJ City FC. Foto: MUFC

Oleh: SURYATI MOHD NOR

SEJAK  awal musim sehinggalah memasuki pusingan kedua saingan Liga Super Melaka United FC (MUFC) masih memegang gelaran ‘pakar seri’ selepas masih belum menemui rentak sebenar permainan yang diinginkan.

Pengendali kelab, Zainal Abidin Hassan terus meluahkan rasa kekecewaan dengan prestasi pemain yang tidak konsisten, terutama sekali di bahagian penyudah.

Terbaharu, skuad Sang Kancil itu hanya mampu mengikat lawannya Petaling Jaya City FC tanpa jaringan di laman sendiri.

Keputusan seri itu turut dicatat pada perlawanan sebelum ini 10 Mac lalu yang menyaksikan kedua-dua pasukan ini terikat 2-2.

“Saya kecewa kerana apabila ada yang dah diperbaiki tapi tak lepas.

“Kita tahu walaupun mereka (PJ City FC) tak ada pemain import, mereka sangat berdisiplin, tak lepaskan gol.

“Mereka tak beri peluang. Itu yang membuatkan saya bangga dengan mereka,” jelasnya selepas perlawanan.

Malah Zainal mengakui persembahan pemain-pemain mengecewakan.

“Tidak menggunakan peluang-peluang yang ada. Inilah yang amat mengecewakan. Ada sahaja yang tidak kena.

“Malam ini sangat tumpul,” jelasnya sambil menambah tempoh rehat panjang lebih kurang dua bulan ini bakal digunakan untuk perbaiki bahagian penyudah.

MUFC kini berada di tangga kedua tercorot liga dengan 11 mata daripada 13 perlawanan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading