Bola Sepak Terkini

Hukuman denda menanti Perak FC


Ab Ghani Hassan

HUKUMAN denda bakal menanti Perak FC susulan tindakan segelintir penonton yang dipercayai membaling suar dalam padang ketika tuan rumah menentang Sri Pahanag FC di Stadium Perak malam tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Datuk Ab Ghani Hassan berkata, tindakan itu sememangnya tidak boleh diterima selain sedia maklum adalah kesalahan berat seterusnya boleh dikenakan tindakan susulan terhadap pasukan tuan rumah.

Ujarnya, walaupun mengetahui tindakan terbabit kemungkinan disebabkan tanda protes atau rasa tidak puas hati penyokong tuan rumah terhadap pasukan, mereka sepatutnya tidak melakukan tindakan di luar batasan hingga menyebabkan Perak FC menanggung akibat.

“Saya melihat perkara ini malam tadi dan ini adalah kesalahan yang nyata iaitu penonton tidak boleh bawa suar seterusnya baling pula atas padang.

“Ini adalah kesalahan serius dan akan menunggu laporan daripada komisioner perlawanan. Kejadian ini sudah lama tidak berlaku dalam saingan Liga Malaysia mungkin kerana perlawanan yang agak kurang.

“Tapi malangnya berlaku juga dan mengetahui tindakan iatu mungkin disebabkan kekecewaan penonton namun akhirnya pasukan terbabit akan menerima hukuman,” katanya ditemui selepas menerima vaksin kedua di Pusat Pemberian Vaksin Covid-19 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Persiaran  Diplomatik, di sini, hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Perak malam tadi, perlawanan dicemari insiden balingan suar ke padang pada minit-minit terakhir perlawanan.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading