Bola Sepak

Neitzel yakin Selangor FC kembali ‘panas’ Julai ini


PENGENDALI Selangor FC Karsten Neitzel perlu melakukan ‘ramuan’ baharu selepas berakhirnya tempoh rehat Julai ini.

Jurulatih berusi 54 tahun kelahiran Jerman itu mahu lebih fokus untuk kembali selepas tewas tipis kepada Terengganu FC pada aksi Liga Super, Ahad malam.

“Saya amat kecewa walaupun pasukan bermain dengan baik, tetapi akhirnya kita kalah.

“Banyak peluang untuk karingkan gol kedua. ‘Set pieces’ kami sangat teruk.

“Dari segi senarai pemain saya tidak boleh buat keputusan berdasarkan keputusan satu malam, kerana selepas ini ramai lagi pemain akan kembali,” jelasnya.

Neitzel memberitahu berdasarkan perlawanan sebelum ini, pasukannya difikirkan mudah untuk mendapatkan lima atau enam mata.

“Kami berdepan dengan perlawanan yang baik. Sangat mudah sebenarnya untuk mata… jika saya fikir bertemu Pahang (Sri Pahang FC), Sabah FC dan perlawanan hari ini…tetapi tidak mendapat mata.

“Minggu lepas kami berdepan dengan banyak kecederaan tetapi saya pasti selepas ini kami akan kembali kuat.”

Selangor FC kini berada di tangga kelima dengan 19 mata selepas 13 perlawanan.

Liga Malaysia akan berehat sehingga Julai ini bagi memberi laluan kepada skuad kebangsaan beraksi dalam menghadapi baki tiga perlawanan terakhir Kumpulan G bagi Pusingan 2, Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di UAE, Jun ini.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading