Bola Sepak Semasa Terkini

Selangor FC mampu rampas takhta liga

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Nafuzi melihat Selangor FC antara pasukan yang mampu merampas takhta liga pada aksi pusingan kedua.

Oleh : Subkhi Sudarji

“SELANGOR FC mampu melonjak ke tangga teratas liga”, adakah ini strategi pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain menjelang aksi menentang lawan malam ini di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Secara peribadi Nafuzi melihat lawan yang bakal ditemui malam ini memiliki barisan pemain muda yang berkualiti selain persefahaman dikalangan rakan sepasukan.

“Bagi saya secara peribadi, pasukan yang akan meningkat pada perlawanan pusingan kedua adalah Selangor FC, mereka memiliki pemain muda dan persefahaman dalam pasukan bertambah baik.

“Selangor FC akan jadi pasukan kuat, mungkin secara diam akan lonjak dikedudukan teratas liga. Bagi saya aksi malam ini bukanlah tugas mudah,” jelasnya.

Aksi malam ini pastinya menarik terutamaya tuan rumah yang inginkan kemenangan bagi mengubat kekecewaan yang dialami pada pusingan pertama ditempat lawan , 9 Mac lalu apabila kecundang 1-3.

Selain itu juga, seandainya Red Giants meraih tiga mata mereka akan berkongsi mata dengan Penang FC manakala Terengganu FC pula akan memintas kembali kedudukan selaku tempat kedua mengatasi Kedah FC, jika mereka pulang ke Kuala Terengganu dengan tiga mata penuh.

Barisan pemain TFC menjalani latihan sebelum berangkat ke Shah Alam bagi pertembungan menentang Selangor FC malam ini.

 

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: