Bola Sepak Semasa Terkini

Kurniawan, Aidil senada keadaan padang

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Kurniawan dan Aidil mengakui keadaan padang yang bertakung menyukarkan pemainnya untuk beraksi.

Oleh : Subkhi Sudarji

PENGENDALI Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto mengakui keadaan padang yang bertakung air selepas hujan sebelum dan semasa perlawanan merencatkan taktikal pasukan meraih kemenangan ketiga berturut-turut.

Baginya, bermain dalam keadaan padang yang basah selain terpaksa dihentikan ketika pemain bersemangat sesuatu yang tidak dapat dijangka bukan sahaja buat pemainnya malahan pasukan lawan.

“Sangat berat bermain diatas padang yang basah, rehat kemudian bersambung balik. Tapi ini bukan alasan kerana pasukan lawan juga bermain diatas padang yang sama.

“Memang saya kecewa dengan kekalahan ini tetapi inilah bola sepak, perkara yang mustahil menjadi kenyataan sehinggalah gol terhasil.

“Kami akan segera memperbaiki kelemahan pasukan dan tempoh dua bulan liga berehat akan dimanfaatkan sepenuhnya,” jelasnya pada sidang media selepas perlawanan.

Sementara itu rakan sejawatannya dari Kedah Darul Aman FC,M Aidil Shahrin Sahak turut senada dengan Kurniawan mengenai keadaan padang yang menjejaskan aksi pasukannya.

“Bukan mudah menentang Sabah FC, tapi malam ini padang yang agak licin dan air bertakung menyukarkan untuk kami beraksi.

“Hantaran bola terkandas namun saya gembira pemain berjaya mengikuti taktikal yang diterapkan,” tegasnya.

Kpah Sherman (dua,kanan) diraikan rakan sepasukan selepas menjaringkan gol.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Likas malam tadi ia berlarutan sehingga ke tengah malam selepas ditangguhkan hampir sejam akibat hujan lebat sejurus 12 minit selepas bermula babak kedua.

Gol tunggal jaringan penyerang import pelawat , Kpah Sherman pada minit ke-78 memastikan mereka pulang dengan tiga mata penuh.

Kemenangan ini meletakkan KDA FC ditangga kedua liga dengan mengutip 26 mata hasil lapan kemenanga, dua seri dan tiga kekalahan manakala Sabah FC pula dikedudukan ketujuh liga hasil empat menang, empat seri dan lima kekalahan (16 mata).

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: