Komuniti Semasa

KBS ambil peduli keluhan penggantungan aktiviti sukan dan rekreasi

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican ketika memberi ucapan dalam majlis pelancaran

KEMENTERIAN Belia dan Sukan sedia mengangkat semula beberapa cadangan berhubung SOP Sukan dan Rekreasi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Kenyataan KBS pada Khamis memaklumkan penggantungan termasuk semua aktiviti sukan dan rekreasi di premis atau kemudahan komersial, kemudahan awam dan kawasan terbuka.

Bagaimana pun, penggantungan aktiviti sukan dan rekreasi itu mendapat pelbagai maklum balas yang tidak berpuas hati dengan keputusan SOP baharu ini.

Larangan ini turut mendapat perhatian pengamal perubatan yang menganggap keputusan yang dibuat itu tidak masuk akal kerana aktiviti riadah atau sukan boleh membantu kesihatan mental rakyat.

“KBS sentiasa komited dan konsisten membawa perspektif bahawa sukan bukan sahaja berkait soal aktiviti malah ia turut melibatkan ekosistem yang lebih luas lagi.

“Menteri Belia dan Sukan memaklumkan bahawa beliau akan mengangkat semula beberapa cadangan KBS berhubung pendekatan-pendekatan yang lebih wajar terhadap sektor sukan dan rekreasi dalam PKP dapat dipertimbangkan semula dalam Mesyuarat Sidang Khas MKN pada petang ini (Jumaat).

“KBS sentiasa bersama peminat dan penggiat sukan dalam memaknakan “Kita Jaga Kita” khususnya dalam soal kelangsungan hidup dan keselamatan diri daripada penularan jangkitan Covid-19.

“Dalam masa yang sama, soal kecergasan sama sekali tidak diketepikan,” jelas kenyataan KBS pada Jumaat.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: