Bola Sepak Komuniti

Damansara FC tetap padu sepanjang Ramadan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Abd Mutalib bersama pemain-pemain Damansara FC.

DAMANSARA FC muncul juara Kumpulan B Liga Tujuh Sebelah Piala Ramadhan 2021 anjuran Z&S baru-baru ini.

Dalam perlawanan akhir kumpulan, Damansara FC menewaskan Damai Raptors FC 1-0.

Menurut Presiden Damansara FC, Abd Mutalib Abd Gapar, pemain-pemain yang terpilih untuk mewakili kelab ini adalah terdiri dari golongan remaja dan belia sekitar Damansara.

“Saya lihat ramai anak-anak muda di sekitar Damansara ini mempunyai potensi besar dalam sukan bola sepak.

“Kami melalui gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan bersama-sama menubuhkan kelab bola sepak ini bagi memastikan bakat muda ini tidak disia-siakan,” katanya.

Kejohanan yang bermula 12 April lalu di padang NPNG Damansara Damai itu menarik penyertaan 12 kelab dan pasukan.

Menurut Abd Mutalib lagi, pematuhan SOP Covid-19 sentiasa dipatuhi oleh semua kelab dan pasukan dalam memutuskan rantaian Covid-19.

“Alhamdulillah, kita dapat lihat tidak berlaku sebarang kesesakan di kawasan padang dan hanya pasukan dan pegawainya sahaja yang dibenarkan berada di padang semasa perlawanan itu berlangsung,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, kapten Damansara FC, Adam Khayrel berkata, tujuan kelab menyertai pertandingan itu adalah untuk memastikan pemain-pemain sentiasa cergas walaupun di bulan Ramadan.

“Pasukan kami tetap menjalankan latihan seperti biasa, cuma beban latihan tersebut dikurangkan sedikit agar kami dapat meneruskan ibadah puasa seperti biasa,” ujar Adam.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: