Bola Sepak Komuniti Terkini

Syawal buka lembaran baru buat Zaqwan Adha dan Mahali Jasuli.

Pandangan dan pendapat yang mereka utarakan mampu menjadi katalist dalam menghangatkan lagi liga bola sepak tempatan.

KEDATANGAN Syawal tahun ini membuka lembaran baru dalam kerjaya buat bekas pemain kebangsaan negara iaitu Zaquan Adha dan Mahali Jasuli yang akan menyertai keluarga baru Astro Arena sebagai tetamu pakar Liga Malaysia musim ini yang akan membuka tirai pada 10 Mei nanti.

Zaqwan dan Mahali akan membawa pandangan generasi baru dalam ulasan bola sepak bersama-sama barisan pakar yang lain seperti Safee Sali, Razman Roslan dan juga Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo).

Disamping barisan personaliti utama seperti Hafizal Hamad, Keesh ‘Mat Stat’ dan Ahmed Shahrazad Sani yang menerajui Arena Bola, gandingan pakar-pakar ini nanti yang akan bersama mereka menerusi siaran langsung dan perbincangan di studio pasti akan mewarnai kemeriahan yang dipersembahkan oleh Astro Arena.

Kehadiran barisan pakar ini memberi satu lagi aspek kewibawaan dalam liputan sukan bola sepak yang dibawakan oleh Astro.

Antara barisan pakar yang lain termasuk Zainal Abidin Hassan, Nizaruddin Yusof dan Shahrom Kalam.

Dengan pengalaman mereka menyarung jersi pasukan kebangsaan suatu ketika dulu, masing- masing akan membawa kelainan dan juga karakter melalui penilaian mereka secara individu.

Dalam misi memastikan liputan berkualiti, pelbagai perancangan dalam meningkatkan lagi kandungan yang lebih segar dan kualiti produksi terbaik untuk peminat-peminat bola sepak tempatan.

Antara yang akan ditambah baik adalah dengan menambah bilangan tetamu-tetamu pakar pada musim ini dengan menjemput lebih ramai lagenda bola sepak negara untuk menambah variasi persembahan di studio Astro Arena nanti.

Nantikan perkembangan mengenai liputan Liga Malaysia 2024 bermula 10 Mei 2024 nanti mengenai siaran langsung perlawanan, on-demand serta kandungan program-program yang lain.

Astro juga akan akan menyiarkan sepuluh perlawanan Pra Musim Liga Malaysia pada 22 April hingga 5 Mei 2024 nanti sebagai pemanas badan untuk saingan baru yang akan bermula.

Antara lain, Astro akan membawakan Piala Asia B-23 , Liga Juara-Juara Asia (ACL), Piala AFC dan Piala Asia Futsal pada April nanti. Selain itu, kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 membabitkan skuad Harimau Malaya menentang Kyrgyzstan pada 6 jun dan Taiwan pada 11 Jun 2024.


Add Comment

Click here to post a comment