Antarabangsa motorsport

Pasukan Honda mula hilang sengat ?

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Marc Marquez juga belum berada pada prestasi terbaik musim ini.

PERLUMBAAN MotoGP 2021 sudah memasuki pusingan keempat dan sehingga kini belum ada lagi mana-mana pelumba dari Honda yang meraih podium

Pengurus Repsol Honda, Alberto Puigman mengakui pasukannya memang berdepan masalah.

Setakat ini, hanya Takaaki Nakagami mencatat penampilan terbaik pada MotoGP Sepanyol dengan menamatkan pada kedudukan keempat.

Pol Esparagaro pula masih kesukaran dan catatan terbaik adalah pada posisi kelapan MotoGP Qatar.

Marc Marquez juga masih belum berlumba seperti dulu, dan catatan terbaiknya berada di kedudukan ketujuh di MotoGP Portugal.

Timbul persoalan dalam kalangan peminat Honda, pasukan itu seakan sukar bersaing dengan Ducati dan Yamaha.

Espargaro sebelum ini pernah mengeluh berkenaan motorsikal yang berbeza-beza antara satu penunggang Honda dengan yang lain pada MotoGP Sepanyol baru-baru ini.

Puig yang merupakan bekas pelumba 500cc itu mengakui sedang mencari solusi dan dia berharap pusingan berikutnya di MotoGP Perancis pada 16 Mei dapat ditebus.

“Kami berusaha yang terbaik, kami akan segera membawa cadangan baru, dan terus bekerja keras untuk mempersiapkan para pelumba kami di pertandingan seterusnya,” katanya dipetik dalam laman rasmi MotoGP.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: