Bola Sepak Semasa Terkini

TFC lepas peluang berada setaraf dengan JDT

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh : Subkhi Sudarji

TERENGGANU FC melepaskan peluang untuk berada setaraf dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila kecundang 1-4 ditangan Penang FC pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu sebentar tadi.

Umpama Sang Penyu menangis dilaman sendiri, kekalahan ini juga menyebabkan kedudukan ditangga ketiga dirampas Penang FC dengan kelebihan satu mata.

Sebelum sepak mula ditiupkan skuad bimbingan Nafuzi Zain yang memiliki 21 mata kurang satu perlawanan berbanding JDT yang sudah beraksi 11 perlawanan berpeluang untuk sama-sama menerajui liga seandainya tiga mata mampu diraih.

Namun sebaliknya berlaku apabila mereka tewas 1-4 malam ini yang dianggap keputusan terburuk dialami setakat ini selain kehilangan kedudukan ketiga liga kepada Penang FC yang dibezakan dengan jumlah jaringan gol.

Pada aksi yang berlangsung sebentar tadi, malam serba tidak menjadi buat tuan rumah apabila gagal mempamerkan rentak sebenar permainan yang dimanfaatkan sepenuhnya lawan dengan jaringan pemain import, Sheriddin Boboev pada minit ke-8.

Selang 13 minit kemudian, Endrick Dos Santos terus menghukum tuan rumah apabila bijak mengambil peluang situasi kelam kabut dalam kotak penalti tuan rumah untuk gol kedua sehinggalah tamat separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, corak permainan berbeza dipamerkan tuan rumah yang dilihat melancarkan serangan bertali arus bagi merapatkan jurang perbezaan dan terhasil melalui rembatan deras Hakimi Abdullah pada minit ke-59.

Kebangkitan yang diharapan TFC bagaimanapun tidak bertahan lama apabila penyerang prolifik Harimau Kumbang, Casagrande meledak dua gol pada minit ke -65 dan 68 untuk memastikan kemenangan mutlak pelawat, 4-1 ke atas tuan rumah.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: