Bola Sepak Semasa Terkini

Amukan Tok Gajah

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh : Suryati Mohd Nor

SRI Pahang FC menarik nafas lega seketika apabila berjaya keluar daripada zon penyingkiran selepas meraih tiga mata ketika aksi bertemu UiTM FC.

Skuad Tok Gajah membuka jaringan menerusi Lee Tuck seawal minit pertama permainan bermula.

Beraksi di laman sendiri menyaksikan anak buah Dollah Salleh mempamerkan rentak permainan agak laju melakukan beberapa percubaan berbahaya.

Pemain import kelahiran Brazil, Pedro Henrique menambah gol kedua Sri Pahang pada minit ke-34 permainan.

Keputusan separuh babak pertama menyaksikan Sri Pahang FC selesa mendahului anak buah Frank Bernhardt.

Bersambung ke separuh masa kedua menyaksikan perlawanan semakin rancak apabila UiTM FC berpeluang merapatkan jaringan menerusi sepakan penalti apabila Lee Tuck didapati menjatuhkan pemain lawan di kawasan kotak penalti.

Namun malangnya peluang tersebut gagal dimanfaatkan oleh Victor Nirennold apabila percubaannya berjaya ditepis penjaga gol Helmi Eliza pada minit ke-60.

Baqiuddin Shamsudin menjadi penjadi penjaring ketiga untuk Sri Pahang FC minit ke-66. Hanya berselang empat Mark Goulon (m-70).

Sri Pahang FC dilihat kenduri gol dengan jaringan kelima apabila kesilapan pemain UiTM FC, Fahmi Sobri yang tertanduk ke arah gol sendiri pada minit ke-72.

Keputusan lima gol tanpa balas kekal sehingga wisel penamat yang turut menyaksikan Sri Pahang FC mencatat jaringan terbanyak musim ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: