Antarabangsa Bola Sepak

Salah keluar, Sancho masuk ?

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

LIVERPOOL dikatakan akan merombak skuad dan membawa masuk pemain baharu, antaranya Jadon Sancho.

Namun begitu, The Reds harus menjual Mohamed Salah. Malah, prestasi kelab dari Anfield kali ini bagaikan kehilangan taring.

Liverpool hanya mampu berjuang merebut slot posisi empat teratas untuk mara ke Liga Juara-Juara. Pada peringkat domestik pula, permainan anak buah Jurgen Klopp ini seakan dapat dibaca pasukan lain serta kerap mengalami kekalahan.

Memetik Marca, salah seorang pemain yang menjadi sasaran Liverpool adalah penyerang sayap Borussia Dortmund,Jadon Sancho.

Jadon Sancho disebut-sebut sebagai  pemain bola sepak muda berpotensi. Usianya baru 21 tahun dan sudah memperkuat Dortmund sejak tahun 2017.

Malah, dalam beberapa musim terakhir ini, Sancho diberitakan bakal balik kampung halaman di England. Manchester United antara kelab paling berminat mendapatkan khidmatnya, namun tiada kata putus.

Kini, giliran Liverpool yang berusaha membeli Jadon Sancho selepas pengurus The Reds, Juergen Klopp berminat kepadanya.

Liverpool perlu menyediakan dana sebesar 100 juta Euro dan bagi tujuan itu, Mohamed Salah harus dijual.

Sebelum ini, Salah pernah mengeluarkan kenyataan ingin mencari cabaran di liga lain. Dikhabarkan, Real Madrid berminat membelinya.

Liverpool pula tidak akan menghalang Salah, demi mendatangkan wang dan kemudian membeli Jadon Sancho.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: