Antarabangsa Bola Sepak

Chelsea kena ‘tambat’ Benzema di Stamford Bridge


Benzema pada prestasi terbaik bersama Real Madrid musim ini di Eropah.

REAL Madrid sebenarnya hampir sahaja dikalahkan Chelsea pada pertemuan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara.

Namun, gol Karim Benzema menyelamatkan Los Blancos mengelak dari diaibkan di halaman sendiri.

Jaringan penyerang asal Perancis itu adalah yang ke-28 bagi Benzema musim ini di seluruh  pertandingan.

Tahukah anda ! Pada kempen Liga Juara-Juara musim ini, Madrid belum lagi tersungkur sekiranya Benzema mencetak gol.  Kecuali dalam aksi di Liga Sepanyol, Los Blancos cuma tewas sekali (1-4) ketika bertemu Valencia.

Bekas pemain Chelsea yang kini menjadi pundit, Joe Cole melihat Benzema sudah menjadi pemimpin di dalam pasukan

“Dia memimpin barisan depan dan dia menjadi nadi utama Madrid pada setengah jam pertama pertandingan.

“Penyelesaian akhir (golnya) begitu indah. Seorang penyerang top jika sedang dalam permainan terbaiknya. Chelsea perlu mendiamkannya pada pusingan kedua nanti (Stamford Bridge),” katanya kepada BT Sport.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: