Bola Sepak Semasa Terkini

Zon penyingkiran, Perak FC akui tekanan


WanZaharulnizam (kanan) cuba memberi tentangan kepada pemain lawan.

Oleh : Subkhi Sudarji

HANYA empat mata membezakan Perak FC dengan zon penyingkiran pastinya memberi tamparan besar dengan ketika ini  prestasi kurang konsisten dipamerkan skuad bimbingan Chong Yee Fatt ini.

Dua menang, tiga seri dan lima kekalahan itulah fakta yang perlu diterima selepas berakhirnya 10 perlawanan untuk mereka mengutip sembilan mata dikedudukan ke-10 liga.

Dibezakan empat mata dengan Sri Pahang FC ditangga ke 11 dan Uitm FC (lapan mata) yang terperosok didasar liga, Perak FC terus dikecewakan pada aksi dilaman sendiri menentang Melaka United FC (MUFC) yang turut bergelut meraih kemenangan untuk mengukuhkan kedudukan dalam saingan Liga Super musim depan.

Bagi penolong ketua jurulatih Perak FC, Shahril Nizam Khalil mengakui kekalahan 0-1 ditangan MUFC memberi sedikit tekanan buat pasukan untuk meneruskan perjuangan.

“Kami perlu cari lebih kemenangan, dari segi semangat berpasukan dan percaya Ketua Jurulatih Chong Yee Fatt memiliki perancangan,” tegasnya.

Mengenai persembahan barisan pemain, Shahril Nizam melihat pemainnya gagal mempamerkan aksi yang dirancangkan pada separuh masa pertama selain memanfaatkan peluang terhidang.

“Kami tidak bermain seperti yang dirancang, cuba bangkit pada separuh masa kedua. Miliki beberapa peluang untuk dapatkan gol namun tidak terhasil.

“Saya juga melihat penyerang import, De Paula perlu lebih efektif mencipta ruang kepada rakan sepasukan selain menjaringkan gol,” jelasnya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Selepas ini Perak FC bakal terbang ke Kota Kinabalu untuk berdepan dengan skuad bimbingn Kurniawan Dwi Yulianto di Stadium Likas, Sabah pada 2 April nanti.

 

 

 

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: