Antarabangsa Permotoran

MotoGP 2021 dapat lampu hijau kemasukan penonton


BERITA baik buat peminat MotoGP 2021 apabila perancangan membuka kembali kehadiran penyokong di litar dalam masa terdekat.

Ia selepas pusingan perlumbaan di  Jerman dan Austria dikhabarkan mendapat lampu hijau untuk tujuan itu.

Pandemik virus Corona menyebabkan saingan MotoGP terpaksa berlangsung tanpa penonton. Sejak tahun lalu, hanya pusingan San Marino yang boleh ditonton secara langsung peminat di litar dalam jumlah yang dihadkan.

Ketiadaan penonton pada tahun ini juga dapat dilihat pada tiga pusingan awal MotoGP 2021 di Qatar dan Portugal. Suasana yang sama dapat disaksikan pada perlumbaan MotoGP Sepanyol minggu depan.

Memetik Speedweek, perlumbaan MotoGP bakal dibuka kembali untuk para peminat.

Lampu hijau untuk membenarkan penonton timbul selepas bekalan vaksin yang cukup di Eropah. Mereka yang telah divaksinasi, diuji, serta dinyatakan bebas Corona dilaporkan mendapat hak istimewa untuk menikmati kemudahan selewat-lewatnya bulan Jun akan datang.

CEO Dorna, Carmelo Ezpelata, menyebut pihaknya ingin menganjurkan MotoGP kehadiran penonton dengan jumlah sekitar 10,000 orang dan menerapkan protokol kesihatan.

“Saya berharap kami dapat menjual setidaknya 10,000 tiket untuk GP Sachsenring. Dengan bos Red Bull Dietrich Mateschitz, operator litar dan kerajaan Austria, kami tak memiliki keraguan dengan GP Austria,” kata Ezpelata

Pusingan Jerman dan Austria dijadual berlangsung pada 20 Jun di Litar Sachsenring, manakala MotoGP Austria diadakan pada 15 Ogos di Litar Red Bull Ring.

 


Add Comment

Click here to post a comment