Antarabangsa Permotoran

Rossi mahu jadi macam siri The Last Dance

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

VALENTINO Rossi memiliki impian tersendiri apabila dirinya bersara dari dunia MotoGP. The Doctor ingin kisah hidupnya dibuat dokumentari bersiri seperti ‘The Last Dance‘.

Rossi masih terus menunggang motornya di litar pada usia 42 tahun. Pelumba Itali ini bersaing dalam MotoGP 2021 dengan mewakili pasukan Petronas Yamaha.

Musim ini juga adalah tahun ke-25 Rossi berkarier dunia MotoGP sejak debutnya pada 1996. Sepanjang kariernya, VR46 sudah sembilan kali juara dunia di tiga kelas berbeza, serta merebut 199 podium di kelas utama.

“Saya akan gembira dan akan melakukan seperti itu, kerana kisah saya ini sangat bagus dan banyak yang boleh diceritakan.

“Secara peribadi, kami belum melihat bayangannya seperti apa ketika saya bersara. Saya ingin membuat buku dan, di atas segalanya, siri seperti ‘The Last Dance’. Bagi saya, itu sangat hebat.

“Saya adalah pelumba MotoGP moden pertama. Saya orang pertama melakukan banyak perkara, yang mana menjadi pembelajaran buat para pelumba hari ini. Saya memulakan karier di usia muda, tapi pada umur 20 tahun saya sudah di kelas 500cc dan langkah saya kemudian diikuti orang lain,” kata Rossi kepada La Gazzetta dello Sport.

Seperti diketahui, ‘The Last Dance‘ merupakan dokumentari bersiri yang yang ditayangkan oleh Netflix pada April 2020. Siri tersebut menceritakan kisah kejayaan legenda bola keranjang, Michael Jordan bersama pasukan Chicago Bulls.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: