Bola Sepak Semasa Terkini

Selangor FC bangkit, PJFC dan PFC kongsi mata

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ifedayo meledak dua gol membantu kemenangan mengatasi MUFC, 3-2. (Foto : Selangor FC)

Oleh : Subkhi Sudarji / Mohd Fahmi Ismail

SELANGOR FC bangkit dari dua kali ketinggalan untuk mengatasi Melaka United FC, 3-2 pada aksi yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, sebentar tadi.

Jaringan pemain gantian Syahmi Safari ketika perlawanan berbaki dua minit ditamatkan separuh masa kedua menoktahkan tiga mata penuh dan rentak kemenangan  buat The Red Giants selepas menewaskan Perak FC, 3-0 minggu lalu.

Tuan rumah terlebih dahulu berada didepan pada penghujung babak pertama melalui penyerang import, Stefan Nikolic yang menyempurnakan sepakan penalti menewaskan penjaga gawang pelawat, Khairulazhan.

Memasuki babak kedua, Selangor FC tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan melalui penyerang berbisanya, Ifedayo yang berjaya menyudahkan situasi kelam kabut didepan gawang lawan pada minit ke -51 untuk kedudukan 1-1.

Berselang tujuh minit kemudian, Melaka United FC sekali lagi didepan dan kali ini menerusi Ahmad Syahmim Yahya yang menyempurnakan sepakan penjuru untuk mengatasi pelawat 2-1 namun sekali Ifedayo membuktikan reputasinya dengan menanduk gol kedua peribadi dan pasukan pada minit ke- 70 untuk kedudukan 2-2.

Ketika perlawanan bakal berkesudahan dengan keputusan seri 2-2, pemain kebangsaan, Syahmi Safari memastikan tiga mata mutlak dibawa pulang ke Shah Alam selepas rembatannya berjaya menewaskan Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke- 88 dan keputusan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan.

Pemain PJFC meraikan jaringan dihasilkan V Ruventhiran pada separuh masa pertama.

Sementara itu dalam satu lagi perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya City FC gagal mengekalkan kelebihan jaringan pada separuh masa pertama apabila terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1.

Tuan rumah berjaya mendahului pelawat pada minit ke-31 hasil jaringan V Ruventhiran sebelum Casagrande menjaringkan gol penyamaan diawal babak kedua baru bermula.

Walaupun kedua-dua pasukan mencipta gerakan memburu gol selepas itu namun tiada jaringan berjaya dihasilkan dan keputusan 1-1 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: