Antarabangsa Bola Sepak

Guardiola pandang remeh Piala FA?


PENYINGKIRAN  Manchester City kepada Chelsea menimbulkan persoalan adakah Pep Guardiola mengabaikan kempen Piala FA musim ini.

Pendahulu semasa Liga Perdana Inggeris ini tewas 0-1 sekaligus meranapkan impian empat piala semusim yang disasarkan.

Pada perlawanan itu, The Citizens melakukan banyak perubahan susunan pemain berbanding ketika menentang Borussia Dortmund. Guardiola menggantikan lapan pemainnya, dengan cuma mengekalkan  Kevin de Bruyne, Rodri, dan Ruben Dias dalam kesebelasan utama.

“Apakah menurut anda kami tidak memberi perhatian kepada pertandingan ini? Apakah menurut anda Sterling atau Ferran Torres atau Gabriel Jesus tidak bermain untuk pertemuan ini ? Saya tidak berfikir kami tidak memberi perhatian.

“Apa yang akan terjadi jika keputusan hari ini benar-benar berbeza dan kami menang? Apa yang terjadi? Dengan lapan perubahan misalnya?,” soal Guardiola, dilapor Daily Mail.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: