Antarabangsa motorsport

Quartararo bermula petak pertama di Portimao

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

FABIO Quartararo meraih petak utama menjelang perlumbaan MotoGP Portugal 2021. Penunggang Yamaha itu mengalahkan Alex Rins dan rakan senegara, Johann Zarco.

Di Litar Antarabangsa Algarve, Portimao, Quartararo muncul yang terpantas dengan mencatatkan masa 1 minit 38.862 saat. Rins pula dibelakang pelumba Perancis itu dengan perbezaan 0.089 saat.

Zarco memastikan slot di petak ketiga, selepas mencatat 1 minit 38.991 saat. Tempat keempat diisi oleh Jack Miller manakala Franco Morbidelli berada di kedudukan kelima terbaik.

Sementara itu, Marc Marquez akan bermula di posisi keenam diikuti Aleix Espargaro, Luca Marini, Joan Mir, dan Miguel Oliveira melengkapkan kedudukan 10 teratas.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: