Lain-Lain Terkini

Kebajikan bekas atlet sentiasa diambil berat


Noorul Ariffin (kiri) menyampaikam sumbangan kepada salah seorang bekas atlet kebangsaan.

PENGERUSI Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed menafikan dakwaan gagal menjaga kebajikan bekas-bekas atlet.

Jelasnya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) tidak pernah mengabaikan kebajikan bekas-bekas atlet negara yang pernah mengharumkan nama negara.

Katanya, pelbagai bantuan dan kemudahan telah diberikan bagi meringankan beban yang ditanggung mungkin keadaan ekonomi semasa ketika ini menyebabkan ia tidak mencukupi.

“Ekonomi sekarang agak tinggi, tidak baik mereka katakan KBS dan MSN tidak membantu, kami di YAKEB juga terasa dengan kenyataan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikan ketika menjawab keluhan bekas atlet paralimpik angkat berat negara (Powerlifting) 1988, Mariappan Perumal yang dikatakan tidak mendapat bantuan sewajarnya.

Noorul Ariffin berkata, P Mariappan juga telah menerima bantuan kewangan RM2,000 sebulan dibawah Skim Imbuhan Tetap Olimpik (SITO).

“Menteri Belia dan Sukan, Datuk Reezal Merican Naina Merican pada majlis pelancarkan Detik 100 Hari ke Tokyo Olimpik 2020 juga memberi jaminan akan membantu permohonan P Mariappan untuk mendapatkan rumah sendiri,” jelasnya.

Katanya lagi, bagi mana-mana bekas atlet yang memerlukan bantuan boleh merujuk kepada Persatuan sukan masing-masing, Majlis Sukan Negeri atau terus berjumpa YAKEB.

“Kami akan cuba membantu bekas-bekas atlet mendapatkan bantuan sewajarnya dan memuaskan hati semua pihak,” katanya.

Noorul Ariffin berkata demikian selepas menyerahkan 15 sumbangan berupa keperluan harian dan kewangan kepada bekas-bekas atlet kebangsaan.

Barangan keperluan dan kewangan berkenaan merupakan sumbangan bekas penembak kebangsaan, Datuk Sabiamad Abdul Ahah yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Serdang, 10 April lalu dan Petroleum Economics Social Club (HOPE)

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment