Bola Sepak Terkini

Belum ada jaminan vaksin untuk Harimau Malaya


Reezal menjawab soalan media selepas menerima suntikan vaksin, hari ini.

Oleh : Subkhi Sudarji / Izari Rosli (Foto)

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan tiada jaminan dapat diberikan kepada skuad Harimau Malaya berhubung penerimaan dua dos suntikan vaksin Covid-19 sebelum mereka berlepas untuk menyertai perlawanan persahabatan pada Mei dan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, awal Jun ini.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican ini kerana tugasnya hanya mengemukakan perkara ini dan terserah kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

“Saya hanya Menteri Belia dan Sukan saja. Tugas saya hanyalah mengemukakan perkara ini. Sekiranya saya beri jaminan, apa pula kata Khairy (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi)

“Jadi untuk skuad Harimau Malaya, saya tak dapat beri jaminan apa-apa kepada mereka sama ada mereka akan dapat vaksin sebelum berlepas ke Bahrain,” katanya selepas menerima suntikan dos Covid-19 pada Program Imunisasi Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kompleks Sukan Desa Tasik, Cheras hari ini.

Turut hadir menerima suntikan adalah Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin.

Untuk rekod sebelum ini, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang juga pengurus skuad Harimau Malaya, Datuk Mohd Yusoff Mahadi menyuarakan hasrat agar barisan pemain negara akan dapat divaksin sebelum mereka mengharungi perlawanan kelayakan itu.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe dijangka berlepas ke Bahrain 19 Mei ini bagi mengharungi dua aksi persahabatan sebelum berangkat ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE) untuk saingan kelayakan.

Selepas itu skuad kebangsaan dijadualkan bertemu UAE dan akan menentang pendahulu, Vietnam akan berdepan Thailand pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment