Antarabangsa Permotoran

‘Rossi sudah mengecewakan saya’

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

BEKAS  juara dunia MotoGP, Jorge Lorenzo akui amat kecewa dengan penampilan Valentino Rossi di Doha. Lorenzo berharap bekas rakan sepasukannya itu segera bangkit.

Dalam pusingan MotoGP Doha di Litar Losail minggu lalu, Rossi yang kini bersama Petronas SRT Yamaha mencatatkan hasil kelayakan terburuk di sepanjang 25 tahun kariernya. Penunggang asal Itali itu memulakan saingan dari posisi ke-21.

Pelumba berusia 42 tahun itu hanya menamatkan di kedudukan ke-16 dan tidak mendapat mata.

Jorge Lorenzo mengaku kecewa dengan preatasi Valentino Rossi di MotoGP Doha. Lorenzo juga akui tidak pernah melihat Rossi seburuk ini.

“Rossi sudah mengecewakan saya, saya juga menduga dia sudah mengecewakan fansnya karena banyak yang diharapkan dari Valentino.

“Ini adalah kali kedua dia jauh di belakang Yamaha yang lainnya. Dia beraksi buruk di Qatar,” ujar Lorenzo dalam siri Youtubenya ’99 Seconds’ seperti dilapor Autosport.

Untuk rekod, Lorenzo pernah tujuh tahun menjadi rakan sepasukan Rossi di Yamaha.

“Saya tidak tahu adakah  di Portimao, itu juga sukar untuknya. Tapi tentu dia akan bangkit di Jerez,” katanya lagi.

Hingga kini, Rossi baru mengumpulkan empat mata dan berada di peringkat ke-14 carta perlumba.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: