Gaya Hidup Pelbagai Semasa Terkini

Lebih ramai Soloz mampu dilahirkan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

INSITUSI Pengajian Tinggi (IPT) mampu melahirkan pelajar yang berkebolehan untuk menjana pendapatan mencecah ratusan atau jutaan ringgit menerusi sukan elektronik e-sports.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, ia juga sebagai satu nilai tambah kepada pelajar IPT sebagai salah satu bidang keusahawanan baru yang boleh tercetus menerusi perkembangan sukan tarikan utama golongan pelajar atau belia ketika ini.

Katanya, sambil mengetepikan persepsi negatif terhadap sukan ini.

”Pelajar- pelajar IPT boleh menjadikan sukan ini sebagai sumber pendapatan seperti ikon sukan ini iaitu ‘Soloz” atau nama sebenarnya Mohd Faris Zakaria, ‘streamer’ terkenal Malaysia yang mengaut pendapatan lumayan menerusi sukan e-sport ini namun pada waktu yang sama tidak mengabaikan pelajaran mereka.

“Pelajar-pelajar IPT juga boleh menjadikan pemain antarabangsa Kuro Takhasomi dari Jepun yang mampu menjana pendapatan sehingga USD3.5 juta, Asia Pasifik juga mengungguli carta dengan menguasai hampir 50 peratus pasaran e-sports global di mana dominasi utama adalah negarqa China”. katanya berucap sewaktu menutup program Malaysia Prihatin: Majlis Penutupan Kejohanan E-Sports Terbuka IPT Johor 2021 di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) di Parit Raja, Batu Pahat Johor.

Menurutnya, China turut merancang untuk membina 14 buah fasiliti e-sports di Hangzhou untuk dijadikan sebagai Kota E-sports dengan nilai USD 2.2 bilion sebelum tahun 2022.

Seramai lebih 500 peserta mengambil bahagian menerusi dua kategori permainan iaitu Mobile Legend dan PUBG dengan menawarkan hadiah keseluruhan lebih RM14 ribu ringgi.

Pasukan OFFWHITE dari UTHM muncul juara PUBG Kategori Terbuka IPT Johor dan INSURGENT muncul juara kategori Terbuka Johor.

PIS PRIDE dari Politeknik Ibrahim Sultan pula muncul juara Mobil Legends bagi kategori Terbuka IPT Johor manakala LACOSTE muncul juara Kategori Terbuka Johor.

Juara Kategori IPT menerima hadiah wang tunai RM1500.00 manakala Juara Kategori Terbuka Johor menerima hadiah wang tunai RM2000.00.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: